Nufnang

Monday, December 31, 2012

Friday, December 28, 2012

Durian Crepe Sumptuous


dah lama tak makan durian crepe kan?

kali ni kita cubalak durian crepe dari sumptuous mid valley

lokasi gerainya di  LG nak menghala ke Garden mall

harganya RM 10 untuk 6 biji comel2 je..
rasanya lebih kurang sama dengan durian crepe sweet chat

nanti i masuk crepe sweet chat lak yer hehe...

sorry dah penyet2 crepe tu di bawak berjalan ke hulu hilir mv

 


Thursday, December 27, 2012

Doli Kuey Teow Goreng Taiping


sebelum balik dari kg, singgah dulu di taiping pekena

 
 doli kuey teow goreng di taiping ini memang terkenal 

di kalangan  penduduk tempatan mahupun orang luar



ini kaunter pembayarannya


 menunya ada 5 jenis sahaja iaitu, kuey teow goreng special, 

kuey teow goreng, nasi ayam, mee kari & mee rebus




air barli merupakan menu utama disini




kuey teow goreng special

bezanya jumlah udang yang terlampau,

selak2 bawah tu memang udang je penuh huhu

ok bye

 


Wednesday, December 26, 2012

Pulau Pinang


hi...

malasnya nak keje setelah cuti 4 hari 

cuti 3 hari 2 malam di habiskan dengan 

menginap je di The Summit Hotel Bukit Mertajam

nasib tak payah beratuq panjang nak naik feri/jambatan penang tu

coz hotel tu kat sebelah sini je,

tak pergi mana2 pun, sebab urusan kerja kan...


gambar lak terdelete so pinjam cik google punya

check in kol 10.30 malam (jumaat)







bawah ni menu sarapan hari ke 2, hari pertama malas nak snap






petang hari ke dua - aktiviti mandi kolam




malam ke dua barulah keluar mencari makan di

Alma, Bukit Mertajam






char kuey teow special, ada telur mata


 

hari ketiga (ahad) dapat ole2 jeruk mamu pak ali..

dalam kol 10 pagi check out & teruskan perjalanan ke Sungai Petani

ada keje kat sana lak menanti...

ok da...










Saturday, December 22, 2012

Sungai Petani

Hii... Jumpa lagi, kali ni bersiaran dari sg petani lak... Ada keje plak kat sini.. Petang nanti baru balik kg ok bye...

Thursday, December 20, 2012

The Summit Hotel Penang



hi...

i dah selamat sampai di penang

mengikut bosss meeting kat sini

ok jumpa lagi 

daaa....







MooD BerCuti...

 

 hi...

tuan belog akan bercuti sehingga krismas...

cuti2 mesia/balik kg

kalau rajin i akan update ok..

daaa....

Agihan ASB 8.9 sen


 


KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, jumlah tertinggi bagi tempoh lima tahun terakhir ini.


Tahun lalu agihan pendapatan ialah sebanyak 7.65 sen seunit.

Peruntukan bagi pengagihan pendapatan tahun ini membabitkan pembayaran sebanyak RM8.13 bilion, meningkat 17.5 peratus berbanding RM6.92 bilion pada 2011.
Peruntukan bagi bonus pula berjumlah RM712.21 juta berbanding RM600.4 juta tahun lalu. 

Sumber harian metro 

Wednesday, December 19, 2012

Red Velvet Macaroon



yummyy

red velvet 'bermacaroon"

@

Delicious, Sunway Pyramid



 

Tuesday, December 18, 2012

Chicken Rice Shop




 roti canai kari ayam

minum petang merangkap makan malam

di chicken rice shop
 

segelas kopi

 

sepinggan pie ti


Saturday, December 15, 2012

Mee Sup Tulang



SHAZUA D' CORNER 

No. 33, Jalan Putra Mahkota 7/4A, Putra Heights,

 Pusat Bandar Putra Point,

area speedmart

dinner mee sup tulang terbaik...

RM 6 semangkuk
juga menyediakan pelbagai jenis ikan bakar
 



Thursday, December 13, 2012

Nasi Ambeng..


ini lah nasi ambeng...

korang pernah makan tak?

bagi orang2 jawa, nasi ini tidak asing lagi bagi mereka

nasi ambeng ni ade dijual di pasar malam dengkil

setiap hari khamis




dalamnya ade campuran nasi putih, ayam kicap,

 mee hoon, sambal jawa & sambal kelapa, ikan kering


sebungkus RM 5.00

Tuesday, December 11, 2012

BBM Voice


untuk pengguna BlackBerry

sila update BBM anda





pastu bolehla calling2 free 

dengan menggunakan BBM Voice



Monday, December 10, 2012

Jom Makan Buah Putrajaya



jom makan buah di putrajaya

bukan makan free yer

bayar RM 15, makan sampai lebam hehe

warga emas RM 10




disediakan khemah yang besar...

xdela nak berpanas atau berhujan...

dalam kotak kuning tu rambutan dan manggis, 

ambik je nak banyak mana
 


durian kat hujung sekali, leh mintak nak banyak mana, 

dia kopekkan siap2

 

hari ni last day...


 


Fend Ikan Bakar, Kelana Jaya



 
No E-G-01, Jalan SS6/20A, Dataran Glomac,

 Pusat Bandar Kelana Jaya.


 ikan talapia merah  RM 15



ayam bakar RM 7
 

kerang bakar RM 6
 
 

Thursday, December 6, 2012

Café Biscotti, Dynasty Hotel




 Café Biscotti, Dynasty Hotel


 tea set


croissant, donut, marble cheese cake & cake of the day  


 

Durian Crepe Lagi...


kali ni order dengan orang lain lak..

Tuesday, December 4, 2012

Durian & Strawberry Crepe


taraa....

inilah durian & strawberry crepe hasil air tangankusss

kisah pembikinan crepe ini bermula dengan pencarian 

durian D24 di mantin, N9

sekilo RM 4 beli 5 biji = 5 kg = RM 20

guna untuk crepe sebiji je

selebihnya tu masuk mulutt erm nyum2

i gunakan 4 jenis tepung iaitu

tepung gandum, tepung ubi, tepung jagung & kastard

ade yang gunakan tepung gandum je dan 

ada yang gunakan sampai 5 jenis tepung...

ade x yang nak order?

hehehe



Monday, December 3, 2012

Asam Pedas Pinggiran Putrajaya



asam pedas ikan merah terbaik..

ada juga asam pedas, kembong pari dll







 sarapan roti canai cicah asam pedas pergghh



 

di restoran syafiqa aman jaya

di deretan rumah kedai, dalam kawasan perumahan

desa pinggiran putra, sebelah putrajaya

 


alamat restorannya

 di area tapak pasar malam

desa pinggiran putra







Friday, November 30, 2012

Warung Bunian Lagi


sebelum pergi lunch di warung bunian,

 i dah pergi breakfast dulu weken yang lepas

kat sini x banyak pilihan

yang ada hanyalah


nasi lemak telur dadar/telur mata

ade seketul ikan masin atas tu

dengan roti canai je


air kopi/milo

GPS:2.908737, 101.727188.


ok da..

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...