MELAKA 31 Okt. - Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat
awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun
depan.
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kajian itu
bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin
meningkat.
“Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima
peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan
menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri
majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di
Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha
Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.
Beliau berkata, kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi
memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan
skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji
maksimum.
Ali berkata, pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat
Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan
laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.
“Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian
menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu
kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika
tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan
kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.
Terdahulu pada majlis tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Melaka memenangi anugerah Inovasi Sektor Awam dalam kategori Teknologi
Maklumat dan Teknologi ICT manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah
menerima Anugerah dalam kategori Pentadbiran Daerah dan Tanah.
Semua pemenang anugerah menerima sebuah Trofi dan juga cek bernilai RM300,000. - BERNAMA
Nufnang
Wednesday, October 31, 2012
Tuesday, October 30, 2012
Monday, October 29, 2012
Sentul Sportfishing Centre
kisah di petang aidiladha....
lepas makan2 kat rumah makcik tu
masa nak balik tetiba cam nak g mancing udang galah lak
terus ajak makcik sekali, anak2nya memang teruja la nak ikut
so dengan berdress2 i g mancing udang u...
maklumla raya kat kl xde nak pakai2 baju kurungnya
Sentul Sportfishing centre
lokasinya di sentul belakang kondominium pelangi
ade 2 kolam kat situ, 1 kolam siakap & 1 kolam udang galah
dapatla 1/2 kg (18 ekor) udang galah tu pastu bagi je
kat makcik suh dia bawak balik
hari sabtu raya ke 2 tu repeat lagi sekali sebab nak
jugak merasa udang galah kat situ kan
sekali dapat kembar 2 ekor da...
udang bertelur lagi...
inilah hasilnya setelah di masak lemak
ade ke sesapa nak beli udang galah?
The Cabin Taman Melawati
the cabin taman melawati
lokasinya di jalan bandar taman melawati
bersebelahan dengan futsal
masuk ikut sakura kristal
mula beroperasi pada januari 2012
pernah masuk jjcm pertengahan tahun lepas kot

konsepnya agak unik kerana kedainya
ala2 cabin 2 tingkat
tempat pesanan & bayaran
futsal dari pandangan siangnya hehe
cheesy chicken chop, mesti cuba...
chicken burger, ayamnya digoreng
bukan kukus, grill atau panggang
semua menu dihidang di atas paper pakai buang
air pun dihidang didalam gelas pakai buang
tapi dah separuh baru nak ambik gambo..
Sunday, October 28, 2012
Menu Aidiladha...
selamat hari raya aidiladha....
sedihnya tahun ni x balik kampung sob sob...
oleh sebab tak balik kg, merendang la kita sendiri...
1st time buat keseluruhan dari A-Z
sebelum ni just tolong2 je
alhamdulillah menjadi nampaknya
ada yang nak tempah? huhu
sambil2 merendang tu
mencheese tart la pulak yer....
erm yummehhh
malam tu jugak terus santap dengan nasi dulu
sampai x cukup nasi hhehe
di pagi aidiladha yang syahdu
sebelum bertolak ke rumah makcikku di PJ
sebelum bertolak ke rumah makcikku di PJ
menjamah rendang dengan lemang yang dibeli di bangi
rm 10 sebatang, ambikla 2 batang
pastu hangitlak sebelah tepinya....
best x uolls raya kat kg tu?
Saturday, October 27, 2012
Friday, October 26, 2012
Poplook for Sale
Julie Chiffon Maxi Dress - Berry Purple
ade tak sape2 nak beli?
free size
RM 76 free pos
detail meh klik POPLOOK
Thursday, October 25, 2012
Wednesday, October 24, 2012
Tuesday, October 23, 2012
Nasi Minyak House
nasi minyak house ni lokasinya di presint 15, putrajaya
berhadapan dengan imegresen
sebaris dengan rest. chili peppers
baru kuar jjcm 2 minggu lepas
buku menu
cantik gelas dia
nak makan nasi minyak tapi dah habis
so order nasi hujan panas ayam berempah
mee kari, kuahnya pun pekat...
Monday, October 22, 2012
Taman Tasik Titiwangsa
ahad lepas mengjoinkan diri dalam pertandingan memancing
di taman tasik titiwangsa

Subscribe to:
Posts (Atom)