Nufnang

Wednesday, July 27, 2011

Selamat Berpuasa Velvet Cuppies


selamat berpuasa semua....


Asam Pedas Sri Payung

asam pedas laman sri payung ampang ni baru dibuka, kedai ni bersebelahan dengan restoran istana bambu, skrg promosi 1 set rm 6.50, mcm2 jenis ikan ade, asam pedas lala pun ade juga.. slamat mencuba




nasi putih + sayur goreng campur

asam pedas ayam


asam pedas pari

Monday, July 25, 2011

Giveaway Just Macaroon

jom join just macaroon...

besnya dh lma x mkn macaroon ni

harap2 adela rezeki..

nk join?

jom tgk sini just macaroon

Sunday, July 24, 2011

Pemenang Gugu Gaga Giveaway...


sorryy... lmbtlak nk umumkan pemenang2 Gugu Gaga Giveaway ni....

skrg tibalah masanya diumumkan keputusan seperti di bawah

1)
ogy

2) ina

tahniah diucapkan kepada mereka...

sila email nama dan & alamat. tq

Sunday, July 17, 2011

Flora 14/7/11


firework 10 pm




x smpt nk pergi di siang hari coz bercuti di kk..


Tuesday, July 12, 2011

Day 3 Kota Kinabalu

day 3 merupakan hari terakhir journey kami di Sabah, macam pagi day 2 jugak, pepagi tu kami sarapan roti canai telur di sebuah kedai depan pasar filipin tu, kemudian kami ke pasar filipin lagi utk membuat penambahan ape yg patut, aku beli 1 set rantai mutiara lagi...


dalam pukul 11 pg kami mencuba soto terbaik di kk, tapi sotonya bukan nasi impit, tetapi mehoon mmg sedappp...



lepas makan kami mencari kuih cincin serta amplang yang mesti dibeli kalau ke sabah...ikan masin serta bilis utk bekalan puasa pun dibeli jugak.. cuma udang dan juga ketam basah je x kesampaian nak beli sbb masa terhad...
pukul 2 ptg kami sampai di airport kota kinabalu utk berangkat pulang ke home sweet home huhu...


tidak puas rasanya pergi ke sana, insyaallah tahun depan aku akan ke sana lagi.. tungguuu

psst..kan 2 harilepas kuar promo rm 3 tu berbaloi2..


Day 2 Kota Kinabalu

bersambung dari day 1... day 2 pula pepagi lagi kami bangun pastu berjalan kaki dalam 5 minit je ke pasar filipin. kami sarapan nasi grg dan me grg dulu disana barula mencari mutiara sabah di dalam pasar tersebut, aku jadi pening tgk mcm2 jenis mutiara disana, ade set rantai, kerongsang dan mcm2 lagi, aku smbr jugaklak 2 set rantai, sedozen brooch, dan juga magnet2 disitu.





taman awam teluk likas


menara yayasan sabah



mini putrajaya- pentadbiran sabah




lunch di 1Borneo shopping mall


ketam masak cili uurrmmm yummy, udang dan siput rebus, sayur kailan masak oyster dan ikan masin.



ondaway balik dari seafood kami singgah menikmati kelapa bakar.. org kata kalau p sabah mesti cuba air kelapa bakar...

bersambung....

Day 1 Kota Kinabalu









sabtu lepas bermulalah journeyku bersama member ofis ke kota kinabalu sabah, fligt jam 12.10 tgh. smpai disana kami menaiki teksi rm 30 ke hotel area warisan square iaitu Hotel Imperial Boutec rm 150 satu mlm. petangnya kami berjalan di tepi laut sambil melihat matahari terbenam. mlmnya kami ke pasar malam menikmati ikan putih dan udang bakar panas2 makan disitu jugak, lepas tu kami blk ke hotel dan rehat smpai pagi.


bersambung....

Wednesday, July 6, 2011

Alunan Warisan Filharmonik Petronas


Alunan warisan seperti Mak Yong, persembahan tarian dan nyanyian dari pelbagai negeri


tiba di klcc, ade hi-tea: kek tiramisu nyum-nyum



buah & sandwich


curry puff & mushroom tart, mehon, sate & air x smpt snap


pemandangan dari skybridge


skybridge klcc, rm 3 je untuk naik ke sini..tingkat 42 pertengahan


tiket untuk masuk ke dewan filharmonik klcc


suasana di dalam dewan


Monday, July 4, 2011

Jom Beli Rumah..


PUTRAJAYA 4 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek perintis Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11 di sini membabitkan pembinaan 560 unit pangsapuri yang akan dijual dengan harga bermula RM120,000 seunit.

Sebanyak 20 lokasi strategik di Lembah Klang termasuk di kawasan seluas 3.04 hektar di Presint 11 tersebut dikenal pasti di bawah fasa pertama PR1MA yang menyaksikan 42,000 unit rumah dibina.

Rumah-rumah pada kadar harga diskaun sekitar RM150,000 hingga RM300,000 itu akan dijual pada harga yang sama untuk bumiputera dan bukan bumiputera.

Menurut Perdana Menteri, pemohon rumah PR1MA boleh mendapat pinjaman sehingga 105 peratus untuk menampung kos insurans dan yuran guaman dengan tempoh bayaran sehingga 30 tahun.

Kata beliau, PR1MA ditujukan khusus kepada warganegara yang berpendapatan sederhana dengan gaji bulanan tidak melebihi RM6,000 tanpa mengira mereka bekerja dengan kerajaan, swasta atau bekerja sendiri.

''Saya juga ingin mengumumkan bahawa duti setem akan dikecualikan bagi pembeli rumah di bawah PR1MA.

''Keluasan setiap unit rumah PR1MA adalah antara 800 hingga 1,400 kaki per segi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air. Pembeli boleh memilih untuk menggunakan sebahagian daripada wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau mendapat nilai pinjaman lebih tinggi daripada institusi kewangan untuk beli rumah.

"Pemohon adalah pembeli kali pertama bagi skim PR1MA dan perlu mendiami rumah tersebut, pembeli tidak dibenarkan menjual rumah tersebut dalam tempoh 10 tahun bagi mengelakkan aktiviti spekulasi," katanya ketika berucap melancarkan PR1MA


sumber: utusan malaysia 5 Julai 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...