Nufnang

Monday, July 4, 2011

Jom Beli Rumah..


PUTRAJAYA 4 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek perintis Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11 di sini membabitkan pembinaan 560 unit pangsapuri yang akan dijual dengan harga bermula RM120,000 seunit.

Sebanyak 20 lokasi strategik di Lembah Klang termasuk di kawasan seluas 3.04 hektar di Presint 11 tersebut dikenal pasti di bawah fasa pertama PR1MA yang menyaksikan 42,000 unit rumah dibina.

Rumah-rumah pada kadar harga diskaun sekitar RM150,000 hingga RM300,000 itu akan dijual pada harga yang sama untuk bumiputera dan bukan bumiputera.

Menurut Perdana Menteri, pemohon rumah PR1MA boleh mendapat pinjaman sehingga 105 peratus untuk menampung kos insurans dan yuran guaman dengan tempoh bayaran sehingga 30 tahun.

Kata beliau, PR1MA ditujukan khusus kepada warganegara yang berpendapatan sederhana dengan gaji bulanan tidak melebihi RM6,000 tanpa mengira mereka bekerja dengan kerajaan, swasta atau bekerja sendiri.

''Saya juga ingin mengumumkan bahawa duti setem akan dikecualikan bagi pembeli rumah di bawah PR1MA.

''Keluasan setiap unit rumah PR1MA adalah antara 800 hingga 1,400 kaki per segi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air. Pembeli boleh memilih untuk menggunakan sebahagian daripada wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau mendapat nilai pinjaman lebih tinggi daripada institusi kewangan untuk beli rumah.

"Pemohon adalah pembeli kali pertama bagi skim PR1MA dan perlu mendiami rumah tersebut, pembeli tidak dibenarkan menjual rumah tersebut dalam tempoh 10 tahun bagi mengelakkan aktiviti spekulasi," katanya ketika berucap melancarkan PR1MA


sumber: utusan malaysia 5 Julai 2011

4 comments:

  1. ha'ah adik aku pun nak..kena refer putrajaya holding kot

    ReplyDelete
  2. aqu dah tny dah kat EPU.
    EPU kata, pendaftaran thn depan baru bukak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...