Nufnang

Tuesday, August 7, 2012

Perdana Menteri lancar ”1Malaysia Privilege Card”


07/08/2012 6:17pm

PUTRAJAYA - Sebagai menghargai sumbangan jasa serta bakti anggota polis dan tentera, kerajaan memperkenal satu lagi inisiatif terbaru bagi meringankan beban mereka dengan melancarkan kad ”1Malaysia Privilege Card” khusus buat 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian.

Beliau berkata, ia bertujuan memberi manfaat kepada warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, yang dirujuk beliau sebagai kumpulan “Wira Yang Tidak Didendang”, sebagai lanjutan kepada strategi NBOS 6, yang berkisar kepada kerjasama unik antara pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang diperkenalkan Malaysia, khusus untuk manfaat rakyat dan negara.

"Mudah-mudahan kad ini dapat digunakan untuk menambah lagi kuasa membeli atau ”pendapatan boleh guna” rakyat,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran kad itu serta portal 1Malaysia Privilege Card; www.1mprivilege.my di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini. - BERNAMA

4 comments:

  1. masih x paham ngan privilage card ni..laki aku dijemput semalam masa lounch kat mof tapi ade kematian pulak

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah....rezeki untuk anggota uniform hehehe..laki aku dapat nnt wei..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah dapat rasa ...haha..tumpang sekaki laki aku dpt..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...