Pengarah Urusan Plus Datuk Noorizah Abd Hamid berkata penggunaan kad transit pintar yang akan dilaksana secara berperingkat itu merupakan antara strategi Plus meningkatkan operasi di plaza tol.
Katanya kaedah penggunaan kad transit pintar itu sama seperti sistem sedia ada iaitu kad yang diberi kepada pengguna laluan tunai ketika memasuki lebuh raya akan diserah semula semasa melakukan pembayaran tol.
"Pelaksanaan kad transit pintar ini tidak menjejaskan mereka yang menggunakan kaedah pembayaran secara elektronik seperti SmartTAG, Touch n'Go atau PLUSMile," katanya.
Sistem kad pintar kitar semula itu dilaksana di plaza tol Lebuhraya Utara-Selatan di antara Sungai Dua dan Hutan Kampung sejak 2009. - Bernama
sumber hmetro
Semoga bermanfaat..
ReplyDelete