Tarikh: November 1, 2012
KUALA LUMPUR - Cuepacs berkata kajian semula gaji kakitangan yang
diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa semalam,
hanya melibatkan 20 peratus penjawat awam yang sudah pun mencapai paras
gaji maksimum.
Timbalan Presidennya, Azih Muda berkata, pihaknya mengalu-alukan
langkah itu memandangkan kira-kira 20 peratus daripada 1.3 juta
kakitangan awam sudah pun mencapai tahap maksimum dan mereka harus
diberi perhatian supaya tidak ketinggalan.
Sehubungan itu kata beliau, laporan media bahawa kajian semula melibatkan keseluruhan kakitangan awam tidak benar.
"Hanya mereka yang sudah capai tahap gaji maksimum. Dua puluh peratus ini harus diberi keutamaan.
"Cuepacs mengharapkan kenaikan dua hingga lima peratus kepada
kakitangan awam yang sudah berada pada tangga gaji maksimum. Mereka ini
akan mengalami penurunan gaji dua peratus apabila skim gaji penjawat
awam dikaji semula (kelak)," katanya kepada Sinar Harian Online.
"Kita mengalu-alukan dan harap kajian semula dilakukan kepada yang sudah ada gaji maksimum.
Jelas beliau, sebahagian besar kakitangan terbabit berada di peringkat
maksimum, antara lain kerana menerima kenaikan gaji atas prestasi
cemerlang mereka semasa berada di bawah Sistem Saraan Baru dan Sistem
Saraan Malaysia.
"Dulu mereka cemerlang dan dapat kenaikan gaji, sekarang ketinggalan di belakang... keadaan ini perlu dibaiki," katanya.
Malah Azih juga berkata, pihaknya telah dijelaskan oleh Ketua
Setiausaha Negara pagi tadi bahawa kajian semula hanya melibatkan
penjawat di peringkat gaji maksimum.
"Dua puluh peratus ini melibatkan semua kategori jawatan," katanya lagi.
Cuepacs menyasarkan kenaikan dua hingga lima peratus untuk mereka yang
sudah mencapai gaji maksimum dapat dilaksanakan tahun hadapan.
Laporan media semalam memetik Ali berkata, kajian semula akan dilakukan
ke atas skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima
peratus bermula tahun hadapan.
"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus
itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan
menyelaraskan semula," ujar beliau.
Kerajaan juga katanya, akan meneliti segala aspek bagi memastikan
setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji
berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.
Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menaikkan gaji penjawat awam antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.
Menurut Presidennya, Datuk Omar Osman, kerajaan juga harus menimbang
penjawat awam yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga
gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka
tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred sebelum
membuat pembaharuan dalam skim sedia ada.
sumber: sinar harian
Terima kasih yea sebab sudi masuk bloglist saya yang tak seberapa tu.. Tapi awak salah masuk link, awak kena masukkan link blog rasmi saya, http://angellovesoldier.blogspot.com
ReplyDelete