Nufnang

Thursday, November 1, 2012

AEON ambil alih operasi Carrefour

   Pengambilalihan keseluruhan operasi   Carrefour oleh AEON dapat  mengukuhkan  operasi syarikat.

AEON ambil alih operasi Carrefour



Malaysia jadi hab perniagaan kumpulan di Asia Tenggara

AEON Co Ltd, kumpulan peruncitan terbesar Asia mengumumkan struktur pelan perniagaan barunya dengan menjadikan Malaysia sebagai hab operasi perniagaan kumpulan itu bagi rantau Asia Tenggara.

Pengumuman itu dibuat susulan langkah pengambilalihan keseluruhan operasi peruncitan firma Perancis, Carrefour SA di negara ini dengan nilai RM580 juta.

Saya ingin menyampaikan mesej kepada kakitangan sedia adanya yang berjumlah 3,216 orang serta pembekal barangan Carrefour SA di Malaysia bahawa khidmat anda diperlukan kumpulan bagi mencapai aspirasi ini. Kami komited untuk tidak akan menghentikan perkhidmatan anda," - Nagahisa Oyama, Naib Presiden dan Ketua Eksekutif Perniagaan ASEAN AEON Co Ltd

Serentak itu, Malaysia bakal menjadi antara tiga ibu pejabat utama AEON Co selepas Jepun dan China.

Naib Presiden dan Ketua Eksekutif Perniagaan ASEAN AEON Co Ltd, Nagahisa Oyama, berkata sebagai hab operasi perniagaan kumpulan di Asia Tenggara, Malaysia akan mengawal, mengurus, menyokong dan melaksanakan setiap operasi serta strategi AEON Co di rantau ini.


Raih manfaat pertumbuhan

“Antara strategi utama di bawah pelan pengurusan jangka sederhana kumpulan, bermula tahun kewangan 2011 hingga tahun kewangan 2013, AEON Co akan memberi keutamaan kepada pasaran Asia untuk meraih manfaat daripada pertumbuhan pesat Asia Tenggara dan China.
“Pelan strategik itu memperlihatkan kumpulan sudah menjadikan China sebagai hab kedua AEON Co selepas Jepun dengan menempatkan ibu pejabat baru kami di Beijing pada Mac lalu.

“Hari ini, kami ingin mengumumkan Malaysia dipilih sebagai satu lagi hab bagi operasi perniagaan kumpulan yang kini menempatkan Ibu Pejabat Operasi Kumpulan AEON ASEAN,” katanya pada taklimat khas media semalam.

Oyama berkata, Ibu Pejabat Kumpulan AEON ASEAN itu, antara lain akan menggalakkan ‘pengurusan glokal’ iaitu gabungan pengurusan global dengan pengurusan berorientasikan pengguna di rantau ini.

Katanya, ibu pejabat itu juga akan membuat keputusan secara proaktif dan bebas bagi memastikan setiap strategi pertumbuhan perniagaan sedia ada dan baru yang direncanakan kumpulan di rantau ini dicapai dengan jayanya.

Luas operasi syarikat

Oyama berkata, selepas melengkapkan pengambilalihan itu, kumpulan kini bersedia meluaskan operasinya dengan menggandakan lagi jumlah rangkaian peruncitannya di negara ini kepada 100 cawangan yang mampu memberikan jumlah pendapatan terkumpul kepada kumpulan sebanyak 300 bilion yen (RM11.46 bilion) menjelang 2020.

Tidak henti pekerja

“Sehubungan itu, saya ingin menyampaikan mesej kepada kakitangan sedia adanya yang berjumlah 3,216 orang serta pembekal barangan Carrefour SA di Malaysia bahawa khidmat anda diperlukan kumpulan bagi mencapai aspirasi ini. Kami komited untuk tidak akan menghentikan perkhidmatan anda,” katanya.

Menurutnya, semua 26 rangkaian cawangan Carrefour Malaysia itu bakal distruktur semula dengan beberapa cawangan daripadanya akan ditutup manakala yang lain akan diubah identiti korporatnya menjadi AEON Big Malaysia, iaitu rangkaian pasar raya besar AEON dalam tempoh enam bulan ini, bergantung kepada kedudukan lokasi masing-masing. 


sumber: berita harian

* semalam beli cream cheese kat tesco RM 7.90 sob sob



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...